Perkongsian Info Gaya Hidup Sihat

Salam semua,

Dua tiga hari ni saya rasa sungguh tak selesa nak makan minum, kerana menghidap ulser mulut…atau istilah orang kampungnya disebut mata ikan. Saya pasti anda juga pernah dijangkiti penyakit ni kan? Satu tompokan putih di bahagian dalam pipi atau bawah bibir yang sungguh memeritkan lagi memilukan. Arrghhhh….

Tompokan putih itu ialah sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Selain bahagian pipi, lidah juga mudah mendapat ulser. Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang selera untuk mengambil makanan, terutama yang agak pedas atau juga minuman panas. Malahan sukar dan rasa malas nak bercakap.

Punca-punca ulser mulut

Menurut wikipedia:

There are many processes which can lead to ulceration of the oral tissues. In some cases they are caused by an overreaction by the body’s own immune system. Factors that appear to provoke them include stress, fatigue, illness, injury from accidental biting, hormonal changes, menstruation, sudden weight loss, food allergies and deficiencies in vitamin B12, iron and folic acid. Oral ulcers are also a common result of ceased cigarette smoking, affecting about two out of five quitters. Some drugs, such as nicorandil, have also been linked with oral ulcers. Some recreational drugs cause mouth ulcers.

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. Selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya. Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor.

Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemoterapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan. Namun ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut.

Rawatan

1. Cara paling berkesan lagi murah untuk merawat ulser mulut adalah dengan meletakkan secubit garam ke atas tompokan putih tadi. Awas! Cara ini amat menyakitkan, memedihkan lagi memilukan. Dijamin anda akan berlinangan air mata. Tapi biasanya dalam tempoh sehari dua ia akan sembuh.

2. Boleh juga dirawat dengan menyapu sejenis krim atau gel Orepaste yang terdapat di farmasi. Boleh juga sapukan gel Bonjela untuk melegakan ulser mulut.

3. Ulser mulut boleh juga diredakan dengan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubat kumur antibakteria.

4. Satu lagi cara adalah dengan menyapu madu lebah asli ke atas tompokan ulser, atau minum sesudu madu sambil lidah anda membawa madu tersebut bermain-main di atas tompokan ulser berkenaan. Agak memedihkan sedikit.

5. Amalkan banyak minum air suam, berehat dan tidur dengan cukup, amalkan tabiat menjaga kebersihan agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik serta juga mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c.

Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, segeralah berjumpa dengan doktor.

Dan saya dengan ini mengambil keputusan nekad untuk mencuba cara rawatan di no. 1….meletakkan secubit garam ke atas tompokan ulser….dan….aaaaaaaarrrrggggggggggghhhhhhhhhhhh…!!!!!
Tengoklah nanti esok lusa macam mana keputusannya.

Update: Dalam masa sehari je selepas letak garam, ulser di mulut saya sudah sembuh, tak pedih lagi. Bagaimana dengan anda, ada berani???

Popularity: 2% [?]

Share This Post

Adoiii…penatnya… baru balik dari main futsal. Mata pun masih belum mengantuk. Jadi apa kata saya bercerita tentang futsal.

Kebelakangan ini, sukan futsal semakin digilai masyarakat kita, baik golongan remaja, golongan tak berapa remaja, hatta remaja tua sekalipun, atau golongan yang tinggal di bandar mahupun di luar bandar. Malah selain golongan lelaki, kaum wanita termasuk kaum ibu turut tidak ketinggalan menunjukkan kehebatan mereka yang tak berapa hebat itu dengan menyertai sukan futsal ini. Hehe, gurau je. Kaum wanita jangan marah ye.

Saya yang sudah termasuk dalam golongan yang tak berapa remaja (30-an) ini pun agak aktif bermain futsal, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali atau paling malas sebulan sekali. Biasanya saya dan rakan-rakan bermain futsal pada waktu malam terutamanya malam minggu. Lebih selesa kerana suasana malam yang nyaman serta mengisi kelapangan masa di malam minggu. Daripada pergi ‘clubbing’ atau pergi dangdut, lebih baik kita main futsal! :D

Saya fikir kegilaan ini berpunca antaranya disebabkan semakin kurangnya padang bola sepak awam terutamanya di kawasan bandar akibat projek pembangunan, selain faktor keselesaan bermain dalam gelanggang tertutup, di atas rumput tiruan atau gelanggang simen, tanpa perlu dicemari lumpur , rumput dan pasir jika bermain di padang biasa.

falaokick.jpg

Saya ingin mengajak anda mengetahui lebih lanjut tentang sukan futsal ini.

Apa itu Futsal?

Menurut wikipedia, Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud ‘bola sepak dalam dewan’.

Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan, yang mana salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga lebih singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa.

Bola yang digunakan juga lebih kecil sedikit dan lebih berat membolehkan pemain mengawal bola dengan lebih baik. Tambahan pula, gelanggangnya yang lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat.

Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu (body contact) dan melakukan gelungsur (sliding tackle) terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Kalau buat juga, sepakan penalti akan diberikan kepada pasukan lawan dan boleh dianugerahkan kad amaran jika dilakukan berulangkali.

Menariknya, tiada had penggantian pemain di mana pemain-pemain boleh digantikan bila-bila masa sehinggalah permainan tamat. Yang dah keluar pun boleh masuk balik. Sesuai bagi pemain-pemain amatur yang mudah pancit, boleh keluar masuk sesuka hati. :D

Sejarah Sukan Futsal.

Futsal dikatakan dicipta di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal menyebabkan ia pantas berkembang di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Seterusnya permainan ini sekarang dimainkan di bawah naungan FIFA di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oceania.

Kejohanan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, di mana Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam kejohanan Piala Amerika Selatan berikutnya diadakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu bersih oleh Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama pada tahun 1980 dan menang lagi pada kejohanan berikutnya pada tahun 1984.

Kejohanan Dunia Futsal pertama diadakan di Sao Paulo, Brazil, pada tahun 1982, juga dijuarai Brazil. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejohanan Dunia ke-2 tahun 1985 di Sepanyol, tetapi akhirnya tewas kepada Paraguay dalam Kejohanan Dunia ke-3 tahun 1988 di Australia.

Kalau kita lihat fakta sejarah di atas, Brazil sememangnya jaguh futsal dunia sejak mula diperkenalkan sehingga ke hari ini. Kehebatan skil menggelecek dan kawalan bola pemain-pemainnya memang diakui. Entah apalah yang mereka makan sampai boleh jadi terrer macam tu. :D

Futsal Di Malaysia

Di Malaysia, kehangatan futsal mula menular hanya sejak 4-5 tahun kebelakangan ini di mana semakin banyak gelanggang futsal dibina di seluruh negara. Gelanggang yang dibina juga mempunyai spesifikasi permukaan padang yang berbeza-beza. Antaranya permukaan gelanggang simen, karpet dan juga rumput tiruan. Kadar sewa biasanya mengikut tempoh jam antara RM50 – RM120 sejam bergantung kepada kualiti gelanggang dan juga waktu permainan sama ada siang atau malam atau cuti hujung minggu.

Direktori Gelanggang Futsal di Malaysia

Kejohanan futsal juga semakin banyak dianjurkan sama ada di peringkat bawahan hinggalah ke peringkat kebangsaan, biasanya dijalankan secara kalah mati. Antara kejohanan yang popular adalah Karnival Futsal I-Metro anjuran akhbar Harian Metro, yang dianjurkan hingga ke peringkat kebangsaan.

Malah, sukan futsal telah dijadikan aktiviti utama sempena sambutan Bulan Kecergasan Kebangsaan (BKK) 2008 yang sedang berlangsung dari 22 Jun- 3 Ogos anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Menurut sumber KBS, Kejohanan Futsal BKK 2008 bertujuan mencipta rekod baru Malaysia Book of Record (MBOR) iaitu pasukan terbanyak bertanding, dengan mensasarkan 3000 pasukan dan melibatkan seramai 24000 pemain futsal. Maklumat lanjut sila layari laman web KBS.

Sesuatu yang agak menyedihkan, ketika kebanyakan negara sudahpun mempunyai Liga Futsal Kebangsaan masing-masing, Malaysia baru di peringkat cadangan untuk menubuhkannya. Diharap semoga FAM segera merealisasikan penubuhan Liga Futsal Kebangsaan untuk menyemarakkan lagi perkembangan sukan futsal di Malaysia.

Ini kerana prestasi skuad futsal kebangsaan agak membanggakan hingga mampu memberi sedikit saingan di peringkat Asia dan juga dengan beberapa negara Eropah. Khabarnya ranking Malaysia pun lebih tinggi dari England dalam sukan futsal ni. Owh…orang England tak pandai sangat main futsal rupanya… :D

Jom main FUTSAL!

Popularity: 3% [?]

Share This Post

Tadi singgah ke pasar malam, beli 2 kilo buah mangga. Entah kenapa, setiap kali ke pasar malam mesti nak beli buah mangga. Buah ni memang jadi kegemaran kami sekeluarga. Baik untuk dijadikan jus, salad, kerabu atau dimakan begitu sahaja. Kalau nak makan begitu sahaja, biasanya saya simpan dulu dalam peti sejuk seketika. Bila dah sejuk, baru dimakan…ermm sedap dan nyamannya… :)

mango-murabba.jpg

Tergerak pula nak tau apa khasiat buah mangga ni. Cari punya cari dari pelbagai sumber kat internet ni, saya kongsikan bersama anda semua sedikit info dan khasiat tentang buah mangga ni:

- Antara buah-buahan yang kaya dengan vitamin terutama vitamin A dan C, serta membekalkan zat besi, kalsium, kalium, fosforus, sodium, potassium, serat dan magnesium.
- Mengandungi antioksidan yang tugasnya melawan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung koronari.
- Namun begitu, disebabkan sebiji buah mangga (yang beratnya lebih kurang 200 gram) mengandungi kira 30 gram gula, maka pesakit diabetes perlulah hadkan memakan mangga. Tapi tak bermakna perlu dijauhi memandangkan gula mangga adalah semulajadi. Menurut pakar pemakanan, pesakit diabetes boleh makan sebiji mangga selang dua atau tiga hari sekali.
- Buah mangga adalah sumber makanan yang sempurna untuk menambah atau menggantikan garam, vitamin dan tenaga selepas bersenam.
- Menguatkan dan menggiatkan tisu saraf pada otot, jantung dan otak.


Cukuplah setakat tu. Saya dah tak tahan ni, nak ke dapur sekejap, nak makan buah mangga…
:D

Popularity: 5% [?]

Share This Post

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kebanyakan blogger di Malaysia tak kira yang memiliki blog percuma atau blog berbayar pasti sudah mengetahui mereka berpeluang menjana pendapatan sampingan dari blog mereka. Antaranya adalah dengan memaparkan iklan di blog masing-masing.

Nuffnang, sebuah laman rangkaian pengiklanan tempatan yang semakin popular menawarkan peluang itu kepada blogger-blogger yang berdaftar sebagai ahlinya.

Secara ringkasnya, Nuffnang menerima pengiklanan dari syarikat-syarikat besar seperti Digi, Citibank, Honda, Toyota, MPH, F & N, Nokia, Nike dan banyak lagi, yang membayar untuk mendapatkan slot iklan di Nuffnang mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Yang menariknya, pendapatan Nuffnang itu disalurkan pula kepada ahli-ahlinya yang berpotensi untuk memaparkan iklan di laman blog mereka. Setiap minggu, Nuffnang akan menghubungi ahli-ahlinya melalui email sama ada mereka terpilih untuk memaparkan iklan-iklan tertentu atau tidak.

Saya sendiri berdaftar sebagai ahli Nuffnang dan telah pun mendapat sedikit pendapatan darinya. Laa…sikit je??? Kenapa ye, heran juga ni!

coverkecilnuffnang.jpg

Rupanya masih banyak yang perlu dipelajari tentang selok-belok Nuffnang ni. Setelah membaca ebook Panduan Langkah Demi Langkah Jana Pendapatan Dengan Nuffnang, barulah saya tau beberapa kesilapan saya yang menyebabkan ciputnya pendapatan saya dari Nuffnang ni… antaranya tidak boleh meletakkan iklan Nuffnang bersama-sama iklan dari syarikat pengiklanan tempatan lain, misalnya Advertlets yang merupakan pesaing utama Nuffnang.

Masalahnya, saya cuma ada satu blog ni sahaja, malas nak menguruskan banyak-banyak blog. :) Saya juga berdaftar dengan Advertlets dan turut menjana pendapatan sampingan darinya. Jadi saya sumbatkan saja kedua-dua iklan Nuffnang dan Advertlets bersama-sama. Saya pun bukan nak jadi kaya dengan memaparkan iklan-iklan ni, sekadar pendapatan sampingan.
Jadi kepada anda yang betul-betul serius nak buat duit dengan Nuffnang ni, jangan ikut cara saya OK!

Apapun, terima kasih kepada sdra. Noorizam Shah yang bersusah payah menulis ebook ini tapi dengan selambanya memberi ebook ini secara percuma jer. Maka anda boleh dengan selambanya juga memuat turun ebook tersebut di blog Noorizam Shah.

Popularity: 5% [?]